Kolej Matrikulasi Kedah, Changlun
Okay guys..hai junior-junior yang sedang-sedang fikir pasal nak sambung belajar semua tu..
Guys jangan bimbang okay... Upu dah isi kan..so relax-relax saja sementara nak tunggu Upu.. tapi jangan pulak korang terlalu berharap dan confident dapat asasi pastu korang tak isi borang kolej matrikulasi ..tetiba dapat diploma..pastu korang pulak rasa taknak study sampai 3 tahun dekat univesiti..so korang boleh je masuk kolej matrikulasi sekiranya korang isi borang marikulasi laa ... contohlah korang rasa macam matrik tak jauh..korang pulak suka study tempat jauh-jauh ni..so korang boleh je pilih matrik yang jauh-jauh daripada tempat tinggal korang laa ye..okay..
KOLEJ MATRIKULASI ada tiga modul..which is :
KOLEJ MATRIKULASI ada tiga modul..which is :
- Modul 1 ( ambil semua subjek sains tulen which are bio fizik kimia dan math)
- Modul 2 ( ambil subjek fizik kimia math dan sains komputer )
- Modul 3 ( ambil subjek bio kimia math dan sains komputer )
P/s : subjek math dekat matrik tidak seperti masa sekolah menengah yee...masa sekolah menengah kita ada satu math moden ..satu lagi addmath /math tambahan ..sebab masa di matrik campur terus dua-dua jenis math tu.
Study week dekat matrik selama seminggu yee adik-adik .
Dekat matrik ni ada pelajar satu tahun (PST) dengan pelajar dua tahun(PDT)
Apa perbezaan antara PST dengan PDT ?
Untuk student PST ni..diorang akan belajar laju jee..memang last one week before study week..korang akan baru habis semua chapter setiap subjek yee..tapi korang kurang ada kuiz yang carry mark ke dalam pointer subjek yang korang ambil ..korang kena struggle siapkan assignment semua tu..student akan wajib ambil subjek tambahan seperti subjek pengajian am serta pendidikan agama islam serta KOKO dan MUET (nanti masa study kat matrik.. diorang bagitau korang bila nak daftar dan berapa yuran MUET yang perlu dibayar masa ada perhimpunan pelajar okay)
- Subjek pendidikan islam tu korang tak belajar macam masa sekolah tau...takde exam yee untuk subjek ini .. cuma ada assignments yang perlu disiapkan contohnya folio, presentation individu, forum, dan penulisan ) walaupun markah tak dikira masuk ke pointer final exam..tetapi lagi cantik result sem 1 bila nama subjek ni dapat A (tapi rasanya almost every student dapat A..tak susah yee nak dapat A)
- Untuk subjek pengajian am..sama sahaja seperti subjek pendidikan islam...assignment semua tu...dan subjek ini pun tidak dikira dalam pointer .. tetapi korang akan ada assignment untuk buat video dan assignment buat resume.
- Bagi student modul 1.. sewaktu sem 1.. korang akan ambik dua subjek ini dahulu serta MUET.
- Untuk MUET pulak..atleast korang bagi dapat result band 3 untuk selamat yee..sebab nanti masa nak mintak universiti...result MUET termasuk dalam syarat kemasukan ke universiti awam.. tetapi bagi korang yang hendak memohon kos kritikal medic, pharmacist, veterinar dan lain-lain..korang atleast bagi dapat result band 4 yee.. kalau mampu..dapat result band 5 lagi bagus yee...MUET ada 4 jenis test..yang tu nanti korang pandai-pandai la dengar taklimat MUET yee...jangan tak pegi dengar taklimat tu yee...
- Bagi student modul 1.. sewaktu sem 1.. korang akan ambik dua subjek atas ini dahulu serta MUET
- Subjek KOKO...yang ni nanti korang tahu laa sendiri macam mana sebab yang tu ikut lecturer kalau modul 1.. korang ambil subjek ini masa sem 2
Seterusnya , pelajar PDT.. korang ada 4 sem okay.. exam sem 1 dan 2 tidak sama seperti pelajar PST..so korang jangan banding-banding result laa yee.. korang akan study subjek yang sama sahaja tetapi tidak akan ambil 4 subjek tambahan seperti pelajar PST ..korang ni relax sikit laa..tapi kuiz korang carry mark masuk ke dalam pointer .. korang akan habis setahun lambat berbanding pelajar PST tetapi disebabkan korang ambil masa lama study.. result korang akan lebih cemerlang semasa berasa dalam sem 3 dan 4 (korang akan sekelas dengan student PST yang baru )
P/S : penulis tak mampu nak explain dengan lebih mendalam mengenai PDT sebab penulis bekas pelajar PST modul 1 semasa study di matrik kedah.
Study dekat matrik ni guys macam sekolah tau.. korang kena pakai baju kurung (warna bebas laa yee) dan kasut bertutup sebolehnya berwarna hitam..dan tapak rata kalau korang taknak sakit kaki masa lari nak masuk ke kelas seterusnya.. kad matrik sentiasa kena pakai...kalau tak pakai..nanti kena tegur dengan lecturer... ( kalau korang nak tau etika pakaian masa dekat matrik..korang boleh tekan link bawah ni :⇩⇩⇩⇩⇩⇩
Korang cuma boleh outing salah satu hari minggu sama ada sabtu ataupun jumaat.. kalau lelaki outing hari sabtu..then perempuan outing hari jumaat dan betukar pulak hari..masa outing..korang kena pakai kasut bertutup dan pakai baju KOKO.
Baju KOKO ada tiga warna rasanya ( merah , biru, dan hijau ) maybe dah tukar warna masa sem korang..dan setiap minggu semua orang yang study KOKO akan pakai baju warna yang sama.. contoh.. minggu 1 (warna merah ), minggu 2 (warna biru), dan minggu 3 (warna hijau)..dan berulang...
Masa outing..
kalau korang taknak basah kalau tetiba hujan panas ke apa ke..korang bawaklah payung..kalau rajin laa yee... sebab kalau korang naik grab..grab takboleh masuk kedalam matrik..so korang kena jalan daripada asrama ke gate utama..pastu scan card matrik then korang naik grab..masa korang jalan dengan kawan korang ... order laa grab siap-siap then nanti tunggu kejap je kat main gate tu..terus grab sampai..masa outing pukul 7.00 pagi sampai 7.00 malam.
Tapi kalau korang nak parents masuk ke dalam kawasan matrik..korang kena outing pukul 9.00 pagi balik 7.00 malam..
Pastu masa kat matrik..korang akan dapat elaun sbulan sekali ataupun dua bulan sekali.. RM 250.00 PER BULAN .. So korang jangan membazir yeee..duit elaun yang nampak macam banyak tapi sebenarnya sikit jee tu..sebab nanti korang kena beli modul untuk study semua tu lagi..duit kelas lagi..duit baju kelas ke apa kee yang korang nak..
Rasanya setakat ni sahaja mengenai kolej matrikulasi kedah.. korang masuk study ..study elok-elok yee..jangan gatal-gatal nak try benda pelik-pelik yee... jaga diri.. jangan mudah terpengaruh dengan benda negatif..kalau korang rasa final exam matrik susah.. percaya laa cakap penulis..memang susah tapi ada past years matrik..nanti korang beli jee..lecturer akan jual nanti...korang kena rajinlaa..kejayaan takkan datang golek-golek camtu jee ....korang kena cari sendiri..taktau pasal satu topik ni..korang terus tanya...korang tak banyak masa study..setahun je untuk PST... korang kena cepat..dan study elok-elok yee adik-adik... dapatkan 4 flat...ataupun 3.5 keatas untuk sem 1..sem 1 senang berbanding sem 2 ..so korang kena pulun habis-habisan untuk sem 1... sebab nanti pointer sem 1 san sem 2 akan dicampurkan dan dibahgi dua...dan korang dapat laa jumlah pointer last korang masa keluar dripada matrik...
XOXO... sekian sahaja perkongsian daripada senior matrik kedah...
P/S : kalau ada typo..pandai-pandaila korang betulkan masa baca
Lepas ni i buat blog pasal tips tambahan semasa masuk ke kolej matrikulasi..korang bacalaa yee kalau korang nak tau..
okay .. dibawah ni penulis sertakan link kolej matrikulasi kedah kalau korang nak tau pasal aktiviti yang terjadi di matrik kedah ataupun nak tau siapakah pengarah matrik kedah
⇩⇩⇩⇩⇩⇩
http://www.kmk.matrik.edu.my/
dan link bawah ni pulak untuk korang yang nak tahu pasal alamat, no fon matrik lain-lain serta matrik kedah
⇩⇩⇩⇩⇩
https://www.bumigemilang.com/alamat-kolej-kolej-matrikulasi/
⇩⇩⇩⇩⇩⇩
http://www.kmk.matrik.edu.my/
dan link bawah ni pulak untuk korang yang nak tahu pasal alamat, no fon matrik lain-lain serta matrik kedah
⇩⇩⇩⇩⇩
https://www.bumigemilang.com/alamat-kolej-kolej-matrikulasi/
Ulasan
Catat Ulasan